Saturday 21 May 2011

Gua Kota Gelanggi Pahang

Kota Gelanggi adalah salah satu tempat yang menarik untuk dilawati.Gua ini terletak di daerah Jerantut di negeri Pahang.Di dalam kawasan ini terdapat banyak Gua, antaranya ialah Gua TongkatGua Angin, Gua Batu SandingGua Kota BalaiGua Penyu, dan Gua Kelawar.
Apabila sampai digua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat air yang mengalir jernih 
Cerita gua ini ada tertulis di dalam buku Sejarah Melayu dengan sebutan Kota Kelangkio. Dikatakan puteri Onangkio daripada Siam telah singgah di sini semasa mengikuti rombongan ke Pahang. Terdapat sebatang anak sungai berhampiran kawasan ini dinamakan Sungai Siam (Sungai Siang). Terdapat dakwaan lisan daripada penduduk setempat bahawa gua ini boleh dihubungkan dengan negeri Pantai Timur iaitu Terengganu,Kelantan dan Siam. Dakwaan ini berpunca daripada hubungan dengan Siam dan juga cerita Pahlawan Mat Kilau yang berjaya lari ke Siam tanpa diketahui oleh orang ramai.

Terdapat juga khazanah-khazanah yang berjaya dijumpai di dalam gua ini seperti Tembikar,Alatan senjata Tengkorak manusia,dan lain-lain lagi.Dan kesemuanya di tempatkan di Muzium.

Gua Kota Gelanggi ini terletak berhampiran kampung Pulau Tawar iaitu tempat asal pahlawan Melayu Mat Kilau. Sebuah gugusan Felda yang berhampiran gua ini juga dinamakan Felda Kota Gelanggi.
Keunikan gua ini telah menarik minat pengeluar filem 'Sumpah Semerah Padi' untuk menjadikannya sebagai lokasi penggambaran filem tersebut. Rangkaian gua-gua di sini agak terancam dengan adanya usaha-usaha pihak tertentu membuka kuari berhampirannya bagi mengambil batu-batan.Dengan kerjasama pihak yang berwajib,projek untuk mengambil batu batan di tempat tersebut di hentikan.Dan sekarang dijadikan sebagai 'Taman Warisan Gua Kota Gelanggi'.


Restaurant
Sungai
Projek Kuari








1 comment:

  1. macam mana nak buat eksplorasi di sini ? ada cadangan ?

    ReplyDelete